17 January 2009

Api...

Api bila kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan... pepatah ini memang selalu orang tau.
Tapi berapa ramai yg sedar hakikat api yang membakar ini.
Saban hari kita membaca dalam akhbar bagaimana rumah, kereta, dan harta benda musnah kerana api.
Di tempat kerja kebanyakan kita juga arif tentang bagaimana untuk menghadapi dan menentang api.
Latihan demi latihan untuk menggunakan peralatan ini kita pelajari.
Sehingga kita begitu sensetif dengan api dan tau alat mana yang harus digunakan bila keadaan memerlukan. (Terima kasih Kepada En Azani dan Allahyarham Tuan Hj Khamis-atas tunjuk ajar di tempat kerja).
Di tempat kerja misalnya setiap bilik boleh dikatakan ada alat pemadam api seperti 'fire extinguisher', 'fire blanket' dll yg menunggu masa untuk digunakan.

Tetapi bila kita balik kerumah... pernahkah kita terpikir bahawa punca api juga ada di rumah kita. Litar pintas, dapur, anak - anak bermain mancis dll.
Jadi adakah antara kita yang meletakkan alat pemadam api yang penting ini di dalam rumah atau kereta.
kita sanggup berbelanja mahal untuk rumah kereta dll, tapi adakah sanggup kita berbelanja untuk keselamatan kita....

Begitu juga untuk selamat di alam akhirat yang mana api yang lebih besar menanti kita, persiapan kena di buat. Nabi berkata sedekah dapat memadamkan api neraka...
mata yang menangis didunia kerana takut akan allah, tidak akan dibakar api neraka...
dan banyak lagi.

Seperti mana untuk keselamatan rumah kita, kita harus berusaha untuk memiliki portable home protector kit.
Begitu juga untuk memadamkan api akhirat kita kena usaha supaya iman kita dapat mendorong kita untuk beramal dengan amalan Nabi saw...

4 comments:

Anonymous said...

Api...Api...Api...

Anonymous said...

alhamdulillah, nampaknya sorang lagi kawan aku jadi bisnesman. Moga2 berjaya.

aza ni said...

Azam, produk kau kalau nak order pakai on line juga ke?

GigiPalsu said...

Produk aku ni kalau nak order online pun boleh.
Paling senang just call.
Depan pintu bilik..opps depan pintu pagar aku hantar... Tak ada cos tambahan.
Kau kena order Smoke Alarm tu lebih sikit cheif...