05 January 2009

Kelebihan Selawat

Tersebut dalam sebuah hadis. Dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis nitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat.

Dipetik Dari Buku: Penenang Jiwa (Mukashafah Al Qulub) Imam Al Ghazali

2 comments:

spekmataku said...

suka sgt klu dgr abg azm cite n tazkirah
mcm time org kanak2 dulu hehe
still igt sapa skrg tau
nnt cite2 la lagi haha

Azam said...

Insallah...