Pagi ini selepas menghantar anak ke sekolah aku pergi ke bank kerana kad aku kena block. Seperti biasa hari berkerja memang susah nak cari parking. Aku pun berpusing pusing sebelum terjumpa sebuah kereta yang hendak keluar lalu aku mengambil tempatnya. Setelah lock kereta aku berjalan menuju ke bank yang kira kira 100 m dari tempat aku parking, maklumlah tiada parking berhampiran. Setelah lebih kurang setengah jam berurusan aku pun menuju ke kereta untuk ke destenasi seterusnya.
Sampai ke kereta aku dapati ada satu kereta kembara parking di belakang keretaku. aku pun buka pintu kereta aku untuk menandakan kereta aku hendak keluar. Kemudian datang seorang pemuda menuju kekereta sebelah ku sambil berkata "Brother tolong undur kereta" aku kata maaf la saya pun nak undur ni.. lalu kami bertiga termasuk isterinya menunggu selama 15 minit, puas aku membunyikan horn kereta.... semua mata tertumpu bila horn berbunyi tapi tuan punya kereta tidak kelihatan.. kemudian datang seorang wanita yang kereta nazanya di halang kereta kembara dan kereta waja.
Pemuda ini cuba menolak nolak kembara in tapi gagal , setelah horn keretaku bunyi berterusan maka seorang wanita datang sambil minta maaf dan mengundurkan kereta wajanya yang menghalang kereta naza tadi. Isteri pemuda tadi membebel kerana lebih setengah jam terbuang gara gara ada orang yang pentingkan diri sendiri. Setelah naza tadi berjaya keluar maka kereta pemuda tadi pun dapat dikeluarkan dengan bersusah payah... tapi aku masih tidak dapat keluar kerana kembara itu betul betul dibelakang ku dan tempat pulak sempit. Pemuda itu berkata kepadaku "Sorry brother tak dapat tolong... " saya kata tak pe saya terpaksa tunggu owner kembara ni. Nak page, tak tau kat mana, ke bank, kedai 2 ringgit, kedai makan ?????
Selepas 15 minit pemuda itu berjaya keluar, datang seorang wanita sambil muka pucat lesi (tau aku marah) sorry encik saya ada urusan kat bank, lambat pulak tu, aku pun tak bagi peluang.. "awak tau tak berapa lama saya tunggu awak, awak ni menyusahkan orang, apa salah kalau awak parking jauh sedikit, saya pun ada urusan bukan awak sorang, saya paling tak suka kalau orang pentingkan diri dan menyusahkan orang lain"
Puas hati aku, hilang marah kerana aku dah lepaskan... Wanita kembara ni hanya mampu menahan malu lalu pergi...
Lain kali (kalau wanita ini baca blog ku) atau untuk diriku dan sapa sapa saja, cuba jangan halang kereta orang lain... ini adalah akhlak kita. Nampak mudah kan parking kemudian tinggal, kalau lah ada orang yang kecemasan.. apa jadi, mungkin... macam macam boleh berlaku.
So biarlah kita susah sikit parking jauh dan berjalan lebih sedikit, tapi tak menyusahkan orang lain.

2 comments:
Sabar zam, sabar....aku risau takut kau cekik je perempuan, macam member kita dulu tu!.
Insaallah masih waras... kalau aku cekik mencekik pagi tadi tak tau la, mungkin live kat TV3 news plk...hehe
Post a Comment