Imam Nawawi dalam Syarah Uqudul Lijan, menukilkan sabda Rasulullah saw tentang wanita penghuni syurga. Beliau bersabda "Empat wanita berada di syurga dan yang empat berada di neraka. Dan empat wanita yang berada di syurga iaitu
1. Wanita yang memeliahara dirinya, taat kepada Allah dan suami, banyak anak serta sabar.
2. Menerima apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya dan bersifat pemalu 3. Jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, jika suaminya dirumah maka ia menjaga lisannya dari menyakiti suami
4. Wanita yang ditinggal mati suaminya, sedangkan ia mempunyai anak yang kecil-kecil, lalu ia menahan dirinya, memeliahara dan mendidik anak-anaknya serta berbuat baik terhadap mereka dan tidak mau nikah lagi kerana takut menyia-nyiakan mereka".
Adapun empat wanita yang berada di neraka adalah:
1. Wanita yg jelek lisanya terhadap suami, jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya, jika suaminya di rumah ia menyakiti suaminya dengan ucapanya.
2. Wanita yang membebani suaminya (dengan tuntutan) yg suami tidak mampu melakukanya.
3. Wanita yang tidak menutup dirinya dari lelaki lain dan ia keluar dari rumah dengan berhias.
4. Wanita yang sama sekali tidak memiliki keinginan kecuali makan, minum dan tidur. Dan tidak memiliki gairah untuk mengerjakan shalat, untuk mentaati Allah, mentaati Rasul dan tidak juga mentaati suaminya.
Maka jika ada wanita memiliki sifat-sifat seperti ini ia adalah wanita yang terlaknat dari ahli neraka, kecuali jika ia bertaubat." Dipetik dari Fadhilat Wanita Shalihah.
Semoga wanita wanita kita adalah wanita yang shalihah... Dan menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk mendidik dan memimpin mereka kepada cara hidup nabi saw...
No comments:
Post a Comment